fbpx

Lagi bot nelayan tanpa lesen sah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA nelayan ditahan ketika melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bot tanpa lesen yang sah di perairan Pulau Rimau, Pulau Pinang, semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan yang beroperasi tanpa lesen sah di perairan Pulau Rimau, di sini, semalam.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, penahanan itu dibuat menerusi rondaan OP PERTIWI ketika bot berkenaan berada di kedudukan 4.8 kilometer sekitar pukul 4.30 petang.

“Hasil pemeriksaan, bot tanpa nombor pendaftaran itu dikendalikan oleh seorang tekong dan seorang kru, di mana masing-masing ialah warga tempatan berusia 33 dan 40 tahun, namun didapati gagal mengemukakan lesen bot.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana tidak memiliki lesen bot,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, bot serta kru ditahan bersama dua kilogram hasil laut sebelum dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI