fbpx

JPA buka permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa warganegara berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2023, bagi mengikuti pengajian di dalam dan luar negara.

JPA menerusi kenyataan akhbar berkata, tawaran itu adalah bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang atau Kewangan Islam di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia.

Menurutnya, pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal
https://esilav2.jpa.gov.my mulai 30 Januari 2023 sehingga 3 Mac 2023.

“Borang permohonan lengkap serta dokumen-dokumen sokongan berkaitan hendaklah dihantar dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 10 Mac 2023 sama ada melalui serahan tangan atau pos.

“Antara syarat ditetapkan termasuk warganegara Malaysia, berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2023, mempunyai keputusan akademi amat cemerlang di peringkat pengajian,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jelas kenyataan itu, syarat lain termasuk memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana.

Jelasnya lagi, syarat lain termasuk memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon PhD.

Pada masa sama, JPA berkata, pemohon mestilah telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2023 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA.

Selain itu, katanya, pemohon juga telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2023 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA.

“Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis serta terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi,” katanya.

Tambah JPA, permohonan yang memenuhi syarat serta melepasi saringan lanjut pihak JPA sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI