fbpx

JDT pamer belang, tewaskan Lokomotiv Moscow 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arif Aiman meraikan jaringan tunggal yang dilakukan untuk menewaskan Lokomotiv Moscow, malam tadi. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melaungkan amaran selepas berjaya menewaskan pasukan gergasi Rusia, Lokomotiv Moscow 1-0 pada aksi persahabatan sempena siri Jelajah Pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) malam tadi.

Pada aksi tersebut, JDT yang dikendalikan oleh Esteban Solari membariskan kesebelasan terbaik menerusi dengan Juan Muniz, Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri diletakkan selaku penggempur utama.

Pasukan lawan pula turut meletakkan skuad utam dengan nama-nama seperti Francois Kamano, Maksim Glushenkov dan Sergei Pinyayev menguatkan posisi serangan.

Namun, pasukan Harimau Selatan dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan dan berjaya meraih gol tunggal perlawanan menerusi ledakan Arif Aiman pada minit ke-54.

Ia adalah kemenangan ketiga dalam empat aksi selepas turut menumbangkan kelab UAE, Fursan Hispania 3-0 dan menang 1-0 ke atas kelab Bulgaria, FC Levski Sofia yang ditamatkan aksi lebih awal susulan insiden pergaduhan antara kedua-dua pasukan.

Skuad JDT akan menamatkan kempen pramusim mereka dengan menentang satu lagi kelab gergasi Rusia, Zenit St. Petersburg pada Isnin depan.

Harimau Selatan telah mencatat sejarah pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim lepas apabila ‘sapu bersih’ empat trofi utama dengan menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI