PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ke atas empat negeri sehingga pukul 1 tengah hari ini.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka berlaku antaranya di daerah Hulu Perak, Perak.
Katanya, dua negeri Pantai Timur, Kelantan dan Pahang turut dijangka berdepan cuaca buruk sama.
“Bagi Kelantan, hujan lebat diramal berlaku di sekitar Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.
“Sementara di Pahang, merangkumi Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin manakala di Johor, hanya melibatkan Segamat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.