fbpx

‘Diserbu’ saudara-mara selepas terima tunai RM250,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Baru dapat RM250,000 hasil pembiayaan semula atau ‘refinance’ rumah, sudahnya datang saudara-mara dengan muka tidak malu mahu pinjam wang selepas terdengar dapat duit tunai ‘selonggok’.

Hasil yang diperolehi itu pada asalnya dirancang untuk membuat pelaburan hartanah selain memulakan perniagaan kecil, namun terpaksa pula memberikan pinjaman kepada sudara-mara yang tidak tahu malu.

Itu kisah yang dialami seorang individu seperti dikongsikan perunding kewangan, Ky Tee, berhubung seorang kliennya yang didatangi saudara-mara terdekat selepas mengetahui dia kini ‘berduit’.

“Klien ini beritahu ibu bapanya dia dapat wang tunai RM250,000 daripada ‘refinance’, mana dia tahu ibu bapa beritahu saudara-mara mereka. Sekarang ramai saudara-mara datang minta tolong untuk pinjam wang.

“Dia dah beri pinjam sebanyak RM15,000 kepada saudara-mara. Semalam dia dapat lagi panggilan daripada seorang anak saudara kata nak pinjam RM3,000 lagi,” katanya pada hantaran Facebook.

Ky Tee berkata, wang daripada pembiayaan semula rumah itu bukan dapat daripada keuntungan berniaga.

“Wang ini adalah daripada ‘refinance’ rumah, ansuran perlu bayar bulan-bulan. Sekarang wang tunai dia tinggal RM230,000. Perancangan asal nak buat niaga dan pelaburan hartanah dah lari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI