fbpx

Cuaca buruk di 9 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 9 pagi ini.

MetMalaysia menerusi Facebook berkata, cuaca buruk berkenaan dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu.

“Selain itu di Perak, kawasan terlibat hanya di Hulu Perak manakala di Kedah, sekitar Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling,” katanya.

Sementara itu hujan lebat turut dijangka berlaku di Pahang, iaitu di Kuantan, Pekan dan Rompin. Di Johor pula, hanya di daerah Mersing.

“Sarawak turut menerima cuaca sama melibatkan Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Miri (Miri dan Marudi) manakala Sabah, di Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI