fbpx

AS, England dan Mesir telah lama haramkan ‘lato-lato’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Permainan ‘lato-lato’ yang kini popular dalam kalangan kanak-kanak serta orang dewasa sebenarnya telah lama diharamkan oleh tiga buah negara sebelum ini.

Menerusi sebuah klip video yang dikongsi di laman sosial, negara pertama yang mengharamkan permainan tersebut adalah Amerika Syarikat (AS).

Ini kerana permainan yang telah wujud sekitar tahun 60an hingga 70an itu telah banyak mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak dan memaksa kerajaan negara itu mengharamkannya pada tahun 1971.

Selain itu juga, bunyi bising daripada permainan itu juga telah menyebabkan berlaku masalah pendengaran kepada kanak-kanak.

Tambahnya, negara kedua yang mengharamkan lato-lato pula adalah England (United Kingdom), ini kerana ia dianggap sebagai sebuah senjata.

Pada masa sama, terdapat kanak-kanak di negara itu yang mengalami patah pergelangan tangan akibat permainan tersebut.

Ujar individu itu, negara terakhir yang telah mengharamkan lato-lato adalah Mesir kerana mereka menamakan permainan itu sebagai ‘Sisi ball’.

“Permainan ini diharamkan pada tahun 2017 kerana dianggap menghina Presiden Mesir iaitu Abdul Fatah Al-Sisi sehinggakan 41 pemilik kedai ditahan kerana menjual lato-lato ini,”katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI