fbpx

Hujan lebat di 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 10 negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi Facebook berkata, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang adalah antara negeri yang diramal berdepan cuaca buruk itu.

“Di Perak melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, sementara Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson dan Rembau manakala di Pahang, hanya melibatkan Rompin.

“Turut terlibat, Johor di daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya.

Di Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pula, hujan lebat dijangka melanda keseluruhan kawasan.

“Sarawak pula merangkumi Sibu (Selangau), Mukah (Mukah) dan Bintulu manakala di Sabah, hanya di Sandakan (Kinabatangan),” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI