fbpx

[VIDEO] Budak lelaki nyaris maut dalam kolam kumbahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus deras sehingga ke kolam kumbahan berjaya diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Taman Sejati Indah, Sungai Petani pada petang ini.

SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun nyaris maut apabila dihanyutkan arus deras dari sebuah longkang ke kolam kumbahan di Taman Sejati Indah, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu disedari ibu mangsa yang berlari mengikut mangsa sejauh 15 meter sambil meminta tolong.

Difahamkan, insiden berlaku ketika kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Mohd. Ariff bermain di kawasan longkang terletak di hadapan rumahnya bersama seorang rakan sebelum hujan lebat.

Mangsa yang hanyut sehingga ke kolam kumbahan dipenuhi pokok keladi bunting kemudian berjaya diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu.

Ketua BBP Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Syukri Hashim berkata, dia bersama tujuh anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

Kata Syukri, mereka kemudian ternampak tangan kanak-kanak itu melambai-lambai di permukaan kolam.

“Anggota terus terjun ke dalam kolam dan berjaya membawa naik kanak-kanak itu sebelum dia diberikan rawatan awal,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit bernasib baik kerana kembali sedar dan segera dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI