fbpx

Tete jadi pemain pertama Brazil di Leicester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TETE menyifatkan menjadi pemain Brazil pertama beraksi dengan Leicester sebagai satu penghormatan selepas melengkapkan perpindahan ke Stadium King Power semalam.

LONDON – Pemain sayap baharu Leicester City, Tete mengakui cukup gembira apabila dapat menjadi pemain pertama kelahiran Brazil yang menyarung jersi The Foxes sepanjang sejarah penubuhan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Sebagai rekod, Leicester telah melengkapkan perpindahan Tete kelmarin menerusi perjanjian pinjaman sehingga penghujung musim ini daripada kelab Liga Perancis, Olympique Lyon.

Pemain berusia 23 tahun itu sepatutnya memiliki kontrak bersama kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk tetapi kontrak tersebut masih digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana konflik perang Russia-Ukraine yang melanda negara berkenaan.

Kehadiran Tete menguatkan lagi skuad kendalian Brendan Rodgers dalam usaha untuk mengelak daripada tersingkir pada kempen EPL selepas turut menandatangani pemain pertahanan kiri dari Denmark, Victor Kristiansen awal bulan ini.

Tete mengakui cukup teruja apabila dapat mengembangkan kariernya dalam kancah EPL memandangkan itu adalah impiannya sejak kecil.

“Semua pemain mahu mencipta sejarah baharu sejak bergelar pemain profesional dan itulah yang saya lakukan ketika ini dengan menjadi pemain pertama dari Brazil yang mewakili kelab Leicester City.

“Saya sangat teruja dapat berada di sini dengan menyarung jersi The Foxes dan sudah tentu saya akan melakukan yang terbaik apabila bersama pasukan sepanjang tempoh pinjaman nanti,” katanya.

Tete dijangka membuat debut pertama pada aksi EPL menentang Aston Villa, Sabtu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI