fbpx

Sophia AlBarakbah ‘kunci mulut’, tak hadir sidang media drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIA disahkan sebagai aktres yang mengganggu rumah tangga Bella Astillah selepas mengaku menyukai Aliff Aziz.

PETALING JAYA – Usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada pelakon meningkat naik, Sophia AlBarakbah berhubung isu ‘jatuh hati’ terhadap aktor Aliff Aziz gagal apabila pelakon itu tidak hadir ke sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri pada saat akhir oleh wakil produksi dikenali sebagai Farid yang memberitahu ketidakhadiran Sophia berpunca akibat pertukaran jadual.

“Heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bimillah (Sophia) tidak dapat hadir dan sedang menjalani penggambaran di Subang, Selangor.

“Sophia terpaksa menyelesaikan penggambaran yang masih berbaki sebelum dia berangkat ke Jakarta, Indonesia pada esok,” ujarnya.

Pada masa sama, Farid yang mewakili Sophia turut memohon maaf kepada sekitar 20 orang wakil media yang datang dan meminta semua untuk memahami masalah tersebut.

“Saya faham perkara ini tidak sepatutnya berlaku namun babak membabitkan Sophia perlu teruskan juga demi memastikan kelancaran penggambaran drama ini. Saya mewakili Sophia mohon maaf,” katanya.

Bagaimanapun, hero drama berkenaan, Aliff Aziz mengotakan janji apabila muncul lebih awal dan bersikap profesional apabila hadir ke sidang media hari ini bagi mempromosikan drama arahan pengarah, Osman Ali itu.

Terdahulu, nama Sophia tiba-tiba meledak selepas Bella yang juga isteri kepada Aliff mendedahkan seorang heroin sebuah drama mengakui menyukai suaminya selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah.

Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan aktres tersebut menjaga maruah diri sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu lelaki berstatus suami orang.

Aliff ketika ditemui media hari ini mengesahkan pelakon yang dimaksudkan Bella itu adalah Sophia.

Perkara itu diakui Aliff, 32, susulan ketika ini dia hanya menjalani penggambaran untuk sebuah drama sahaja iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah bersama pelakon berusia 29 tahun itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI