fbpx

Siasatan kejadian di laluan LRT Ampang ambil masa dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerosakan struktur jejambat di Stesen LRT Bandaraya yang menyebabkan gangguan jadual perkhidmatan LRT Laluan Ampang ketika ini.

PETALING JAYA – Siasatan menyeluruh ke atas kerosakan struktur yang retak berhampiran perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya dijangka akan selesai dalam masa dua minggu lagi.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam satu kenyataan berkata, siasatan itu mengambil masa kerana perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati atas faktor keselamatan serta mengambil kira lokasi struktur itu sendiri.

“Sebuah syarikat perunding kejuruteraan yang berpengalaman telah dilantik untuk menjalankan siasatan terperinci tersebut bagi mengenalpasti punca kerosakan dan siasatan ini mengambilkira semua kemungkinan.

“Ini adalah perlu bagi menentukan pelan tindakan rektifikasi yang akan diambil,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sebuah jawatankuasa khas yang membabitkan pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bersama-sama agensi-agensi kerajaan yang lain iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dibentuk bagi memantau siasatan itu.

“Hasil siasatan tersebut akan juga dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan.

“Pihak Prasarana dan Rapid Rail selaku operator perkhidmatan LRT, sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan di antara dua stesen iaitu stesen LRT Bandaraya dan stesen LRT Masjid Jamek seperti sediakala secepat mungkin,” ujarnya.

Namun katanya, perlu ditekankan bahawa keselamatan para penumpang dan kestabilan operasi adalah menjadi keutamaan.

“Kami mengambil maklum kesukaran yang dihadapi oleh para penumpang dan kami memohon maaf diatas segala kesulitan.

“Kami juga berterima kasih diatas kesabaran para penumpang pada masa ini dan keyakinan berterusan menggunakan pengangkutan awam kendalian kami,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI