fbpx

Sekarang lebih bahagia, tenang duit tak lesap – Mawar Karim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAN Mawar, kita perlu mengasihani diri sendiri berbanding kasihan kepada orang lain untuk berasa bahagia.

PETALING JAYA – Bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim menafikan dakwaan netizen dirinya tidak bahagia selepas berpisah dengan aktor tersebut.

Mawar atau nama sebenarnya, Mawar Abdul Karim berkata, dia bersyukur dengan kehidupan sekarang apabila tidak perlu lagi berdepan dengan situasi duitnya ‘lesap’.

“Masalahnya tahu ke kita ni tak bahagia? Pernah serumah atau pernah terkenal ke.

“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit sekarang tak habis lesap.

“Kalau banding dulu, faham sendirilah takkan nak kena cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu,” katanya menerusi satu coretan dalam ruangan komen Instagram.

Tambah usahawan itu lagi, dia kini bersyukur tidak lagi hidup ditipu.

“Yang penting kita tak kena tipu atau diperguna selama ini pun alhamdulillah buat kita bahagia,” tulisnya bagi menjawab komen seorang netizen yang mendakwa dia kelihatan tidak secantik dan sebahagia dahulu.

Mawar, 34, pada masa sama, menasihatkan orang ramai agar menyayangi diri sendiri lebih daripada orang lain.

“Apa pun nasihat saya jangan kasihankan orang, kasihankan diri sendiri kalau nak bahagia,” katanya.

Terdahulu, Fizo memaklumkan isterinya sekarang, Fazeera Nazri disahkan hamil lima bulan selepas bersalin anak pertama, Wan Khaleeda tujuh bulan lalu.

Sebelum bergelar suami kepada Fazeera, Fizo pernah berkahwin dengan Mawar namun bercerai selepas 10 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Wan Maryam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI