fbpx

Reman 8 anggota, pegawai polis bunuh pemandu e-hailing disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat seorang buruh di Tawau, Sabah pada 16 Januari lalu.

TAWAU – Reman lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang lelaki di daerah ini dilanjutkan tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Majistret Dzul Elmy Yunus membenarkan permohonan lanjutan reman pada prosiding di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau hari ini.

Terdahulu, semua pegawai dan anggota polis terbabit direman selama tujuh hari berakhir hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah semalam melaporkan kes bunuh berkenaan bermotifkan cemburu dan lebih bersifat peribadi serta tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.

Dalam pada itu, seorang penganggur, Nurima Juli, 33, pada 30 Jan lalu didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu Lima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI