fbpx

QRT atasi kesesakan kaunter imigresen waktu puncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee bercakap kepada pemberita selepas membuat tinjauan Pelaksanaan Task Force mengatasi kesesakan di kaunter Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.-GAMBAR FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Quick Response Team (QRT) mula dibentuk bagi menangani isu kesesakan serius kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kumpulan berkenaan dipecah kepada dua pasukan termasuk yang ditugaskan di KLIA2.

Katanya, pegawai QRT terdiri daripada mereka yang bertugas di sektor operasi dan perkhidmatan sokongan termasuk penguatkuasaan.

“Seramai 30 orang pegawai sudah ditempatkan hari ini dan mereka memenuhi kaunter pemeriksaan imigresen yang kosong ketika waktu puncak.

“Semua pegawai terlibat sudah diberi pendedahan dan latihan cukup sebelum ditugaskan di kaunter malah JIM akan buat perkara sama di Johor pula mulai Isnin depan,” katanya selepas melakukan tinjauan pelaksanaan operasi sulung QRT di KLIA hari ini.

Katanya, penugasan QRT di KLIA dan KLIA2 dapat mengurangkan kadar kesesakan selama tujuh jam setiap hari pada waktu puncak antara pukul 2 petang hingga 8 malam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI