fbpx

Penumpang menjerit cemas pesawat alami ‘turbulence’ ekstrem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu rakaman video menunjukkan detik-detik menakutkan ketika pesawat penumpang Air China mengalami pergolakan udara pada bulan lalu. - chen103918/AsiaWire

BEIJING – Satu rakaman video memaparkan detik cemas penumpang sebuah pesawat di China yang menjerit ketakutan semasa mengalami situasi pergolakan udara (turbulence) ekstrem, lapor akhbar Daily Star semalam.

Video yang dirakam di dalam penerbangan Air China dari Xi’an ke Wenzhou di timur China itu menunjukkan sayap pesawat bergegar sebelum tanda tali pinggang keselamatan dihidupkan.

Penumpang yang merasakan ‘terjatuh’ secara tiba-tiba menjerit sambil seorang pramugari menjerit: “Sila pasangkan tali pinggang keselamatan anda!”

Seorang penumpang memberitahu media tempatan bahawa dia dapat melihat sayap pesawat bergetar ketika pesawat itu naik dan turun serta telah merakamkan video pendek di dalam pesawat sebagai kata-kata terakhirnya jika ia terhempas.

Syarikat penerbangan Air China berkata, siasatan berhubung insiden tersebut telah dilakukan, lapor media tempatan.

Bagaimanapun, pesawat penumpang itu berjaya mendarat di Lapangan Terbang Wenzhou Longwan di wilayah Zhejiang pada 25 Januari lalu dan tiada kecederaan dilaporkan akibat kejadian tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI