fbpx

PDRM Cakna Syariah inisatif lahir anggota berintegriti di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI Mohamed Yoosuf (depan, tujuh dari kiri) bersama anggota dan pegawai polis yang menyertai Program PDRM Cakna Syariah Kontinjen Pahang 2023 di Dewan Teknologi Maklumat Kompleks Logistik PDRM Alor Akar, Kuantan.

KUANTAN – Buat julung kalinya BeDaie, sebuah syarikat platform madrasah digital (e-pondok) memperkenalkan program ‘PDRM Cakna Syariah’ sebagai inisiatif melahirkan penjawat awam dan pegawai polis yang berintegriti.

Seramai 50 orang peserta terdiri daripada Pegawai Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka), pegawai kanan polis serta pegawai rendah polis daripada seluruh negeri terpilih menyertai program berkenaan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, objektif program itu adalah untuk melahirkan pegawai polis dan penjawat awam yang berkualiti serta mampu menjalankan tugas dengan berkesan di samping memangkin tahap pengetahuan, kemahiran dan minat yang selaras dengan maqasid syariah Islam.

“Besar harapan saya agar objektif program ini dapat dicapai setelah melalui tempoh dua hari program di Alor Akar Kuantan ini,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Program PDRM Cakna Syariah Kontinjen Pahang 2023 di Dewan Teknologi Maklumat Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia Alor Akar, di sini, hari ini.

Menurut Ramli, ajaran hukum syariah dan amalan sunnah yang disampaikan boleh diamalkan ketika bertugas, batas pergaulan dan aurat antara lelaki dan wanita, etika pemakaian dan adab-adab.

Katanya, peserta didedahkan dengan dua modul patuh syariah iaitu modul safinatun najah dan modul itqan selain turut terlibat dalam perbincangan tambahan khas.

Sementara itu beliau turut mengingatkan tentang objektif penubuhan Baka dalam membentuk warga PDRM yang berakhlak, profesional, dan berhemah di samping meningkatkan mutu disiplin berlandaskan etika kerja yang murni dan cemerlang.

Beliau memberitahu visi penubuhan Baka adalah untuk menjadi agensi penguatkuasa utama yang berintegriti, kompeten dan komited untuk bekerja dengan masyarakat melalui misinya menerapkan budaya kerja sebagai ibadah dan amanah berasaskan ajaran Islam yang sempurna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI