fbpx

Masya Masyitah diminta bertaubat, makan sotong, udang hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Masya Masyitah yang makan udang dan sotong hidup mencetuskan persoalan tentang hukum di sisi agama.

PETALING JAYA – Selepas beberapa kali dikecam kerana berpenampilan tidak mengikut syariat Islam sebagai wanita berhijab, penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menuai kritikan apabila berkongsi video memakan sotong dan udang mentah yang masih hidup.

Tindakan Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff menikmati sotong dan udang mentah yang masih hidup ketika bercuti di Thailand baru-baru ini menimbulkan keraguan dan persoalan netizen tentang hukumnya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, penyanyi berusia 23 tahun itu mencelup seekor sotong yang baru ditangkap dari dalam akuarium ke dalam sos sebelum memakannya.

“Kelihatan sangat mustahil sehingga akhirnya selesai (makan),” tulis Masya.

Dalam video seterusnya, juara pertandingan nyanyian, Yippi Star Quest 2020 itu kemudiannya menikmati hidangan berupa anak udang hidup yang dijadikan seperti kerabu.

Kelihatan anak udang yang berada di dalam sebuah bekas itu masih hidup dan bergerak-gerak ketika Masya menikmati hidangan tersebut.

“Sedap,” katanya.

Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya tidak bersetuju dengan tindakan Masya memakan haiwan yang masih hidup kerana menganggap kelakuan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.

“Tindakan awak mengelirukan umah Islam yang menontonnya. Orang akan mula tertanya-tanya sama ada boleh makan atau tidak sotong yang masih hidup? Bertaubatlah. Jangan tunjuk kejahilan awak secara terbuka,” tegur seorang pengikutnya.

“Halal ke makan haiwan hidup-hidup? Maaf bertanya,” soal seorang lagi pengikutnya.

“Islam tidak ajar umatnya makan haiwan hidup-hidup walaupun tidak perlu disembelih. Kenapa perlu ikut cara orang bukan Islam? Apa tujuannya?” kata seorang netizen.

Sebelum ini, pelantun lagu Hapus itu beberapa kali berdepan teguran netizen apabila tampil berani menggayakan imej seksi yang dianggap keterlaluan, sekali gus bertentangan dengan penampilan selaku wanita bertudung.

Pada Ogos tahun lalu, Masya dihentam teruk apabila memakai baju tanpa lengan yang berlubang-lubang di bahagian dada, dipadankan dengan ‘inner’ berwarna putih sempena promosi single baharunya berjudul Simpanan.

Selepas beberapa kali dikecam gara-gara pemakaian yang tidak sesuai dengan imej bertudung, dia akhirnya bersuara dengan memberitahu apa yang berlaku berpunca daripada khilaf sendiri sebagai manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

“Sudah-sudahlah. Nama pun manusia, tak pernah lepas dari buat silap.

“Yang baik-baik semua dari Allah dan yang buruk dari saya. Terima kasih,” jawabnya sambil menyertakan emoji bentuk hati. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI