fbpx

Mahkamah: Tarikh baharu keputusan saman A.Aida, Amelia Henderson 24 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A.Aida (kiri) dan Amelia.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Sivil di sini menetapkan 24 Februari ini bagi penetapan tarikh baharu keputusan kes saman pelanggaran kontrak membabitkan syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. dengan pelakon Amelia Henderson.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ashmadi Othman yang mewakili syarikat penerbitan itu selaku plaintif ketika dihubungi di sini hari ini.

“Mahkamah telah menetapkan tarikh bagi E-review (tarikh baharu keputusan) pada 24 Februari ini,” katanya.

Sementara itu, peguam, Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Amelia selaku defendan ketika dihubungi turut mengesahkan perkara tersebut.

Sebelum ini mahkamah telah menetapkan 27 Januari lalu bagi keputusan kes namun tarikh tersebut dilapangkan yang mana perbicaraan kes itu telah selesai didengar di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Untuk rekod sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A.Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.

Semasa perbicaraan berlangsung seorang pengurus syarikat produksi memberitahu bahawa A.Aida Production Sdn. Bhd. terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.

Sementara Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Sebelum ini Amelia dan seorang lagi pelakon lelaki drama yang sama Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.

A. Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.

Bagaimanapun saman melibatkan A. Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI