fbpx

Lima jam bomba neutral tumpahan kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi tumpahan kimia itu di Jalan Kebun.

KLANG – Bomba mengambil masa lima jam bagi membersihkan dan meneutralkan tumpahan bahan kimia jenis alkali di sekitar Jalan Kebun, Kampung Jawa di sini, semalam.

Difahamkan, kimia yang memedihkan mata itu kesan tumpahan daripada sebuah lori yang terbabas di jalan berkenaan, Sabtu lalu.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.17 petang.

“Pemeriksaan mendapati kawasan tercemar disyaki ditutup tanah menggunakan jentera berat. Bomba turut menemui bahan seperti serbuk dan bacaan tahap keasidan sebanyak pH9. Tiada sebarang peninggalan tong dikesan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Norazam, pihaknya bertindak meneutralkan bahan kimia itu dengan serbuk soda selain menggunakan sebanyak 60,000 liter menerusi air pam jentera bomba.

“Operasi lebih lima jam itu ditamatkan selepas air yang disalurkan ke longkang kawasan berkenaan didapati dalam keadaan neutral,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI