PETALING JAYA – Bulan Februari tahun 2023 yang bermula hari ini dikatakan bulan paling unik kerana mempunyai jumlah hari yang sama iaitu selama empat hari dalam bulan terbabit.
Bermula hari Ahad hingga Sabtu, semua hari akan mempunyai bilangan cukup sebanyak empat kali dalam sebulan.
Keadaan ini dikatakan hanya akan berlaku dalam tempoh 823 tahun sekali dan mungkin tidak akan dinikmati lagi bagi penduduk bumi yang masih hidup selepas ini.
Menurut Facebook Ajar, jika dihitung jika selama 28 hari, sudah terbukti akan memperolehi sebanyak empat hari bagi setiap hari.
“Pada setiap tahun (kecuali pada tahun lompat), bulan Februari sememangnya ada empat kali Isnin, empat kali Selasa, empat kali Rabu, empat kali Khamis, empat kali Jumaat, empat kali Sabtu dan empat kali Ahad.
“Bezanya, akan ada satu hari dalam bulan Februari yang gilirannya dirasai sebanyak lima kali pada tahun lompat.
“Tidak perlu menunggu sehingga lebih lapan abad untuk menyaksikan Februari yang di dalamnya ada empat kali giliran bagi setiap hari dalam seminggu.
“Ia tetap berlaku pada tahun lalu, tahun ini, dua tahun lalu, dua tahun lagi, dan tahun-tahun berikutnya, kecuali pada tahun lompat,” jelasnya.
Bulan Februari tahun ini merupakan bulan bukan tahun lompat yang hanya mempunyai 28 hari sahaja berbanding 29 hari yang berlaku empat tahun sekali. – KOSMO! ONLINE.