fbpx

Dua lelaki miliki dadah 61gram dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis berjaya menahan dua lelaki mencurigakan dan telah merampas dadah jenis ganja dan syabu masing-masing seberat 51 gram dan 10 gram, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek pertama yang berumur 45 tahun, dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan tempat letak kereta di sebuah kondominium Damansara Perdana, kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap suspek yang juga warganegara tempatan itu, pihak polis telah menjumpai dan merampas satu plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu dengan berat 51 gram yang diserahkan sendiri oleh suspek.

“Semalam juga kita berjaya menahan seorang lagi suspek berumur 63 tahun kira-kira pukul 7.30 petang dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Damansara Perdana.

“Sebanyak 10 gram dadah jenis ganja telah dijumpai dan dirampas daripada suspek yang juga seorang warganegara tempatan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek telah ditahan dan diserahkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk proses tahanan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI