fbpx

3,067 naskah, bahan bacaan al-Quran tanpa kelulusan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK Yusaimi menunjukkan sebahagian naskah al-Quran yang dirampas ketika sidang akhbar di pejabat PKK KDN Pulau Pinang di Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pulau Pinang melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) merampas 3,067 naskah dan bahan bacaan al-Quran dalam satu serbuan pada 9 Januari lalu.

Setiausahanya, Nik Yusaimi Yussof berkata, serbuan menerusi Ops Mulia Bil. 1 itu dijalankan di sebuah rumah pangsa di Bukit Mertajam, di sini pada pukul 3 petang.

“Semasa serbuan dibuat, pasukan berjaya merampas sebanyak 1,907 unit naskah al-Quran dan 2,060 bahan bacaan al-Quran melibatkan kesalahan di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

“Kesemua al-Quran dan bahan bacaannya itu tidak mempunyai kelulusan KDN melalui Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ),” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, Ops Mulia Bil. 1 tersebut telah dijalankan di Pulau Pinang dan Selangor manakala jumlah rampasan yang dianggarkan di negeri ini adalah sebanyak RM103,000.

“Kita dapati kesemua premis yang diperiksa tersebut telah menjalankan aktiviti pengedaran dan penjualan al-Quran serta bahan al-Quran ini sebagai sumber pendapatan sejak tahun 2022.

“Malah, aktiviti pengedaran dan penjualan itu dipercayai untuk pasaran tempatan dan dijual melalui pelbagai platform dalam talian,” katanya kesemua kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 8(1) dan Seksyen 14(1) APTQ 1986.

Dalam pada itu, jelasnya lagi, antara kesalahan yang sering dikesan temasuklah kesilapan cetakan dan ayat al-Quran, tiada pelekat hologram serta tiada perakuan sah oleh KDN yang jelas tidak melalui proses semakan dari pakar.

“Sehingga kini, terdapat 912 pruf akhir teks al-Quran di Malaysia di mana sejumlah 912 jenis terbitan al-Quran yang telah diluluskan KDN sebagai pilihan sama ada untuk dijual, dimiliki ataupun diedar dalam kalangan masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI