fbpx

Wanita Indonesia meninggal dunia ketika lahir anak seorang diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau petang tadi

REMBAU – Seorang ibu mengandung warganegara Indonesia disahkan meninggal dunia selepas melahirkan anak ketiga di sebuah rumah di Kampung Perigi Jernih, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kira-kira pukul 3 petang, si suami berusia 33 tahun telah mendapati isterinya berusia 32 tahun telah tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak dalam kandungan secara sendiri.

Menurutnya, pada pukul 6 petang, pihak Klinik Kesihatan Rembau telah datang untuk melihat keadaan mangsa dan telah mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Anak perempuan yang telah dilahirkan berada dalam keadaan selamat dan telah ditempatkan di unit jagaan bayi di Hospital Rembau.

“Manakala, mayat wanita itu telah di hantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat esok,” katanya hari ini.

Ujar Hazri lagi, si suami telah membuat laporan di Balai Polis Rembau pada pukul 8.20 malam tadi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, si suami yang bekerja sebagai buruh binaan dan wanita yang disahkan meninggal dunia itu tidak memiliki sebarang dokumen masuk ke negara ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI