fbpx

Wanita hilang di Bukit Tabur ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sangeta ditemui selamat oleh pasukan penyelamat di Bukit Tabur, Ampang, hari ini.

AMPANG – Seorang wanita yang hilang dipercayai sesat selepas mendaki bersendirian di Bukit Tabur, Jalan Kolam Air Taman Melawati, di sini, ditemui selamat, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa dikenali Sangeta Suppiah berusia 26 tahun ditemui kira-kira pukul 11.08 pagi tadi.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan selamat, namun mengalami kecederaan dibahagian kaki di sebuah gaung bukit tersebut.

“Operasi pada hari yang bermula pada pukul 8 pagi tadi berjaya menemui mangsa melibatkan dua trek laluan pendakian dan dibantu dengan dua ekor anjing pengesan dari unit anjing pengesan (K9) JBPM bersama empat orang pegawai.

“Mangsa berjaya ditemui selepas tiga jam usaha pencarian dan berada dalam keadaan sedar selain mengalami kecederaan akibat jatuh dari puncak bukit ke dalam gaung berkedalaman 30 meter,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norazam berkata, usaha pencarian mangsa sejak semalam melibatkan 13 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Bomba (STORM) terlibat di dalam operasi pencarian tersebut di trek A.

“Sementara itu, di trek B pula, 55 anggota lagi terdiri daripada anggota Pasukan Multi-Skill Team (MUST) daripada Bomba, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Persatuan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Mosars),” ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan pihak bomba menjalankan operasi pencarian seorang wanita dipercayai sesat ketika mendaki bersendirian di Bukit Tabur.

Norazam berkata, bagaimanapun, operasi pencarian mangsa itu terpaksa dihentikan ketika ini atas faktor cuaca dan disambung hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI