fbpx

UMNO jumpa ROS usul tiada pemilihan 2 jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan ketika majlis dialog belanjawan 2023 di Shah Alam, hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – UMNO telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi memberi penjelasan terperinci mengenai usul tambahan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu nanti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pertemuan itu dihadiri beliau bersama tiga ahli parti di Ibu Pejabat ROS di Putrajaya, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Kata beliau, pihaknya membawa dokumen disediakan peguam dan memberi penjelasan kepada Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Nawardi Saad.

“Saya menyatakan bahawa tiada sebarang pelanggaran peraturan mesyuarat atau perlembagaan UMNO berkaitan usul itu.

“Lebih 90 peratus perwakilan yang menghadiri perhimpunan agung itu bersetuju dengan usul nombor lapan iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Jelas Ahmad, beliau sudah menjawab segala pertanyaan daripada pasukan ROS itu dengan rapi dan sebaik mungkin.

“Semua jawapan itu berdasarkan peraturan dan perlembagaan sedia ada UMNO.

“Sesi pertemuan dan perbincangan berkenaan berjalan dengan baik serta profesional antara kedua-dua pihak,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya juga akan menyerahkan dokumen tambahan kepada ROS pada Khamis ini untuk diteliti lanjut.  -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI