fbpx

Turkiye menjadi pilihan Sang Kenari uji kemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAUD (tengah) bergambar bersama rakan strategik dan rakan rasmi KDA FC selepas sidang akhbar Jelajah Pramusim di Perpustakaan Digital Kedah, Alor Setar kelmarin. – SHAHIR NOORDIN

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) berkelana ke Antalya, Turkiye selama 10 hari bagi berdepan empat kelab bola sepak dari Uzbekistan, Kazakhstan dan Ukraine bulan depan.

Ia adalah usaha untuk memantapkan skuad bagi menjadi salah sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Liga Super musim depan.

Menurut pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar, pasukan itu akan berdepan FC Nasaf yang bermain pada Liga Premier Uzbekistan, 9 Februari ini diikuti FC Shakter Karaganda dari Kazakhstan pada esoknya.

Katanya, pasukan bimbingan Mohd. Nafuzi Mohd. Zain itu kemudian membuat perhitungan dengan sebuah lagi kelab pada Liga Premier Kazakhstan, FK Maqtaraal, 12 Februari nanti.

“Seterusnya kita akan meng­akhiri siri jelajah dengan menentang FC Metalist Kharkiv dari Ukraine pada 14 Februari,” katanya pada sidang akhbar di Perpustakaan Digital Kedah di Alor Setar kelmarin.

Ditanya mengapa Turkiye menjadi destinasi pilihan, tokoh kewangan Islam itu menjelaskan, negara itu sememangnya menjadi hab persinggahan pemain dan pasukan dari seluruh dunia setiap kali pramusim.

“Banyak pasukan dari seluruh dunia akan berada di Turkiye, jadi kami merasakan negara itu merupakan lokasi tepat untuk dituju bagi memantapkan kemahiran, teknikal dan sebagainya,” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif ESM Internationale Sdn. Bhd., Mohd. Faizal Othman yang ­menguruskan perlawanan di Turkiye ­memberitahu, dianggarkan hampir 300 pasukan dari seluruh dunia berkumpul di negara tersebut sepanjang Januari dan Februari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI