PETALING JAYA – Sekeping gambar memaparkan tiket perlawanan bola sepak menyerupai tiket parkir tular di media sosial hari ini.
Gambar berkenaan menunjukkan dua jenis tiket berlainan harga yang dijual oleh Penang FC.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna mempertikaikan tiket bola sepak itu yang disamakan dengan tiket parkir.
Selain itu, ada juga beberapa pengguna berkongsi tiket perlawanan bola sepak di negeri-negeri lain yang lebih kurang sama malah ada juga tiket yang harganya ditulis menggunakan tangan.
“Ini tiket bola le tiket parkir?,” soal Jai Yen.
“Dah macam RMT punya baucer, separuh masa nanti ‘claim’ dekat kaunter makanan,” seloroh Fabrizio.
“Teringat zaman naik bas 2000-an tiket koyak koyak dengan konduktor bas,” kata Obei.
Dalam pada itu, ada juga pengguna yang mengesyorkan agar mana-mana pasukan menjual tiket perlawan dalam bentuk e-tiket.
“Pakai sajalah e-tiket kalau begini rupanya. Duit pun jimat dan nampak canggih,” kata Zahid.
“Ini zaman bila pakai tiket begini? Sepatutnya dah tukar ke sistem e-tiket, banyak negara lain dah buat,” kata Idin. – KOSMO! ONLINE