fbpx

Struktur haram tular telah dirobohkan – MPPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa MBPG telah merobohkan struktur haram yang menghalang laluan pejalan kaki di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah merobohkan penghadang laluan pejalan kaki yang dibina seorang pemilik premis di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang yang tular di media sosial, semalam.

Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, tindakan tegas itu diambil setelah pemilik premis enggan mematuhi notis yang diberi pihaknya, sejak dua minggu lalu.

Menurut beliau, pemilik premis berkenaan telah diberikan dua notis, yang pertama dua minggu lalu, namun mereka ingkar sebaliknya terus mengekalkan struktur binaan berkenaan.

“Pemilik premis itu telah diberikan dua notis sebelum ini mengarahkan mereka merobohkan binaan tersebut, namun mereka abaikan dan setelah cukup tempoh 14 hari, kita ambil tindakan tegas.

“Penguat kuasa MBPG telah bertindak merobohkan struktur binaan berkenaan pagi tadi. Manakala pemilik premis akan dipanggil untuk diberikan penerangan agar dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

“Dalam kes ini, kebetulan ia menjadi tular semalam, kita dah beri dua notis, tetapi diabaikan, jadi kita terus ambil tindakan,” katanya.

Gambar tular sebuah premis membuat binaan pagar di kawasan kaki lima.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara empat PBT Greater JB dan Persatuan Profesional Johor (Decco+) yang diadakan di Ibu Pejabat MBJB, di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, tular sebuah gambar di media sosial memaparkan tindakan seorang pengusaha sebuah premis membuat struktur binaan di kaki lima kedai sehingga menghalang laluan pengguna lain.

Perkara itu mula tular dan mengundang pelbagai reaksi termasuk kecaman selepas pemilik kedai tersebut memuat naik gambar premisnya di Facebook, semalam.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! mendapati hantaran itu telah dipadam, namun dimuat naik semula oleh Jabatan Netizen Negara hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI