fbpx

Saya tak ‘back-up’ Fyna – Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA Jebat mempertahankan tindakan terus bersama Fyna bukan bermaksud menyokong setiap tingkah-laku adiknya itu.

SHAH ALAM – Insiden pergaduhan yang didakwa membabitkan Fyna Jebat dengan madunya, Datin Zalina Zaini, baru-baru ini hakikatnya tidak disokong ahli keluarga penyanyi itu.

Sebagai kakak, penyanyi juga pelakon Ayda Jebat mempertahankan tindakan terus berada di sisi Fyna sebagai ukuran kepada sokongan atau ‘membenarkan’ segala tindak-tanduk adiknya itu, sebaliknya dibuat atas dasar tanggungjawab saat ahli keluarga berdepan dugaan.

“Saya tidak memberikan sokongan kepada adik saya kerana bagi saya perkara tersebut merupakan tanggungjawab sebagai kakak untuk melindungi seorang adik.

“Memberi sokongan tidak bermakna kita setuju dengan setiap tindakannya, tetapi kalau mengenai keluarga sepatutnya kita sentiasa berada di sisinya.

“Macam mana baik, buruk atau jahat sekali pun seseorang, dalam keluarga yang penting air dicincang tidak akan putus,” katanya kepada Kosmo! Online.

Perkara tersebut merujuk kepada cara penyanyi Pencuri Hati itu yang menjadi jurucakap atau rujukan kepada Fyna saat berdepan kontroversi perkahwinannya dengan bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin.

Sejak berita pernikahan mereka tersebar dan kemudian disahkan Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat sekitar tiga minggu lalu, kakaknya yang lebih banyak menjawab persoalan media.

Sementara itu, Fyna memaklumkan dia sangat beruntung mempunyai kakak seperti Ayda yang sering bersuara bagi pihaknya jika berlaku sebarang insiden.

Akui Ayda, dia sering menasihatkan Fyna terus cekal apabila dihambat dengan kontroversi selain menjadikan ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.

“Bagi saya, ini adalah asam garam sebagai artis dan dia pun tidak mahu menghadapi semua perkara yang meraih perhatian sebegini sejak dahulu lagi.

“Cuma saya sudah maklumkan awal-awal kepadanya untuk menganggap perkara tersebut sebagai pembelajaran,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar Famili Duo.

Dalam pada itu, Ayda tetap akan berada di samping Fyna memandangkan adiknya tidak biasa dengan isu tular yang telah terjadi pada dirinya.

Katanya, dia akan terus menjadi pembimbimg adiknya itu yang dirasakan belum lagi memahami sepak terajang industri hiburan dengan mendalam.

“Ada perkara yang tidak boleh dikongsikan kepada umum kerana isu kecil boleh jadi besar jadi sebaiknya mendiamkan diri.

“Saya akan tetap berada disini untuk menjadi pembimbing walaupun sudah lama berada dalam industri ini dan masih rasa tidak bagus.

“Fyna juga tidak mampu mengendalikan isu tular yang timbul kepada dirinya yang berlaku baru-baru ini,” jelasnya.

Terdahulu, Fyna enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu pergaduhan bersama madunya sehingga didakwa terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam.

Sebelum ini, Fyna mengesahkan perkahwinannya bersama Zainal, 62, namun dalam masa sama enggan memperincikan butiran pernikahan mereka kepada umum. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI