fbpx

Peniaga kedai makan warga Thailand maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa Aminoh di KM 80, Jalan Jerangau - Jabor, Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang peniaga kedai makan warga Thailand maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 80, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran persimpangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 tengah hari itu, mangsa, Aminoh Ismail, 39, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, wanita terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Besi dari Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini.

“Kereta Perodua Viva dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah lori.

“Mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu kemudiannya telah dikeluarkan pasukan bomba,” katanya di sini hari ini.

Baharudin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, pemandu lori berusia 36 tahun yant berasal dari Kuantan, Pahang tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI