fbpx

Ketua tukang masak melopong ganti rugi RM11.53 juta gagal selepas kantoi di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang ketua tukang masak di lapangan terbang yang mendakwa dia hampir lumpuh akibat kemalangan di tempat kerja gagal dalam tuntutan ganti rugi sebanyak £2.2 juta (RM11.53 juta) selepas menyiarkan gambar di Facebook dia berkayak bersama anak-anaknya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ferenc Sumegi, 49, yang tinggal di Berkshire sebelum ini mengalami sakit belakang ketika mengangkat dulang ikan di Heathrow, Britain.

Sumegi berkata, kesakitan berterusan yang tidak tertanggung menyebabkan dia terpaksa menggunakan kayu atau tongkat untuk berjalan menghabiskan masa selama 18 jam sehari dengan berbaring.

Dia menyaman bekas majikannya, Gate Gourmet UK Ltd iaitu syarikat perkhidmatan penyediaan makanan lapangan terbang sebanyak £2.2 juta sebagai pampasan atas kecederaan dan kehilangan kerjayanya di dapur.

Namun, kesnya dibatalkan dan dia diserahkan dengan bil kos mahkamah £75,000 (RM 393,214) selepas bukti di Facebook muncul menunjukkan dia berkayak, mengendong anak-anaknya dan bermain dengan seekor anjing.

Di Mahkamah Daerah Oxford pada Mac lalu, Hakim Melissa Clarke mendapati dakwaan Sumegi pada asasnya tidak jujur dan keputusan itu dikekalkan oleh hakim di Mahkamah Tinggi pada minggu lalu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI