fbpx

Kekasih didakwa bunuh aktivis LGBTQ utama Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHILOBA

NAIROBI – Pendakwa raya Kenya mengumumkan hari ini bahawa mereka akan mendakwa suspek utama berhubung pembunuhan seorang aktivis golongan lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) yang mayatnya ditemui dibuang di dalam sebuah kotak logam di tepi jalan.

Kematian ngeri Edwin Kiprotich Kipruto yang lebih popular sebagai Edwin Chiloba awal Januari tahun ini mengundang kecaman dan gesaan supaya keadilan ditegakkan daripada rakan-rakan mangsa dan kumpulan hak asasi manusia di Kenya serta luar negara.

Jacktone Odhiambo iaitu seorang jurugambar bebas yang dikatakan kekasih mangsa, dihadapkan ke mahkamah di bandar Eldoret, Rift Valley bersama empat suspek lain. Keempat-empat suspek itu bagaimanapun dibebaskan selepas polis berkata, mereka tiada kaitan dengan kematian mangsa.

“Susulan siasatan, kami mengesahkan bahawa keempat-empat suspek itu tiada kaitan dengan pembunuhan Chiloba. Bagaimanapun, suspek pertama, Jacktone Odhiambo akan didakwa kerana membunuh,” kata pendakwa raya negeri, Anthony Fedha seperti dilaporkan akhbar Daily Nation.

Ketua ahli patologi kerajaan, Johansen Oduor berkata pada awal bulan ini bahawa Chiloba yang merupakan seorang model dan pereka fesyen berusia 25 tahun,  dibunuh dengan kejam.

Katanya selepas bedah siasat bahawa kain denim telah diikat pada mulut dan hidung Chiloba, manakala stoking disumbat ke dalam mulutnya.

Mayat mangsa ditemui sekitar 40 kilometer di luar Eldoret selepas ia dilaporkan dicampak keluar dari sebuah kereta yang sedang bergerak.

Pembunuhan itu pada awalnya disyaki sebagai jenayah kebencian berikutan anggota komuniti LGBTQ Kenya berdepan serangan fizikal dan gangguan di negara yang mana majoriti rakyatnya beragama Kristian itu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI