fbpx

Hujan lebat berterusan di Johor, Pahang dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan kategori buruk dan waspada melibatkan tiga negeri sehingga esok.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, bagi kategori buruk, ia dijangka berlaku di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga 1 Februari ini.

“Untuk kategori waspada pula, hujan lebat diramal melanda Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi) dan Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei dan Bintulu).

“Selain itu, di Sabah, hujan berterusan dijangka tertumpu di Kudat sehingga lewat petang hari ini,” katanya.

Tambah MetMalaysia, amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila tanda-tanda menunjukkan jumlah hujan melebihi 150 milimeter dalam tempoh 24 jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI