fbpx

Halang laluan, pengusaha premis dikecam buat binaan di kaki lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular sebuah premis membuat binaan pagar di kawasan kaki lima.

PETALING JAYA – Tular sebuah gambar di media sosial memaparkan tindakan seorang pengusaha sebuah premis membuat struktur binaan di kaki lima kedai sehingga menghalang laluan pengguna lain.

Perkara itu mula tular dan mengundang pelbagai reaksi termasuk kecaman selepas pemilik kedai tersebut memuat naik gambar premisnya di Facebook, semalam.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! mendapati hantaran itu telah dipadam, namun dimuat naik semula oleh Jabatan Netizen Negara hari ini.

Menerusi gambar tersebut, menunjukkan struktur pagar itu dibina di kawasan hadapan sebuah premis menyebabkan laluan itu itu tidak boleh diguna terutama bagi orang kelainan upaya (OKU).

Namun, lebih menggeramkan, ketika ditanya berkenaan pengguna OKU, pemilik tersebut memberikan jawapan seolah tidak mempedulikan golongan terbabit.

“(OKU) lalu lah jalan lain, bukan takda. Petak parkir khas pun ada. Kalau kau datang sini, ramai saja nak tolong dukung kau,” kata pengusaha itu.

Difahamkan, lokasi premis itu dipercayai terletak di kawasan Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang Johor.

Justeru, rata-rata orang ramai meluahkan perasaan tidak puas hati ekoran tindakan individu itu yang tidak prihatin terhadap pengguna lain.

“Ada minta kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tak? Orang tularkan sebab memang satu kesalahan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangungan 1974,” kata Sirah.

“Mana boleh ni, ‘selfish’ (pengtingkan diri). Suka-suka dia sahaja,” seloroh Ernie.

“Cara dia pagarkan laluan itu sesuai sangat dengan adab dia bercakap,” ujar Yana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI