fbpx

Genap 4 tahun Al-Sultan Abdullah jadi Yang di-Pertuan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Genap empat tahun Al-Sultan Abdullah jadi Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-16 dalam istiadat penuh gemilang di Istana Negara.

Istana Negara dalam satu kenyataan di Facebook, menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran berikutan Seri Paduka Baginda pada hari ini, genap empat tahun bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan sebagai Ketua Negara.

“Setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas keamanan dan keharmonian meskipun sepanjang empat tahun ini, negara dan rakyat menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.

Menerusi kenyataan itu juga, turut didoakan supaya Seri Paduka Baginda dianugerahkan keafiatan, kebijaksanaan dan keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.

“Semoga Malaysia, di bawah naungan dan pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara, sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI