PETALING JAYA – Tindakan pemilik sebuah kondominium menggunakan belebas tingkap sebagai ruang meletakkan barangan rumah mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
Ia berikutan perkara itu disifatkan berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan selain mencacatkan pemandangan penghuni yang lain.
Menerusi perkongsian oleh Afiq Fiesal di Facebook, memaparkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah bangunan kondominium dekat Kota Warisan, Selangor.
Sehubungan itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemilik rumah tersebut.
“Andai kata angin kuat, barang jatuh dan kebetulan anak awak ada dekat bawah. Barang jatuh kena dekat kepala,” soal Joey.
“Buat laporan kepada pengurusan. Rumah aku pun ramai penghuni ‘bebal’, kalau tak boleh ikut peraturan buat rumah sendiri,” kata Fauzan. – KOSMO! ONLINE