PETALING JAYA – Aksi teruja seorang pelajar berkongsi keputusan peperiksannya yang cemerlang kepada ibunya mendapat perhatian orang ramai.
Rakaman video yang dikongsi di TikTok ibu kepada kanak-kanak itu turut tular sehingga ditonton lebih 600,000.
Melalui video itu, kanak-kanak tersebut teruja apabila keputusan peperiksaan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) memperoleh markah yang tinggi.
“Sirah kan ada adik tak baca sangat kan, dapat seratuih (100) mak hang,” seloroh kanak-kanak itu.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna memuji kepintaran kanak-kanak itu selain kemesraan antara dua beranak itu.
“Ibu bapa patut lakukan ini, benda ini yang menjadikan anak-anak bijak. Bila balik sekolah pastikan anak-anak teruja nak bercerita apa berlaku di sekolah,” kata Pudding.
“Pasti ibu bapa adik ini bagus dalam mendidik anak, tahniah,” kata Yusri.
“Suka reaksi ibu adik ini. Saya mahu jadi ibu yang menyokong begini, terbaik. Ibu yang baik hasilkan anak yang baik,” kata Iced. – KOSMO! ONLINE
@k.mirahalibudak suka sekolah😂😂♬ Ku Ingin Sekolah – Frengky & Friends