fbpx

107 orang ditahan merusuh di ibu pejabat Arema FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 107 orang ditahan susulan kekecohan semasa demonstrasi Aremania di pejabat Arema FC di Kota Malang. - Antara Foto / Prabowo Superior

JAKARTA –  Seramai 107 orang ditahan berikutan kekecohan yang tercetus ketika demonstrasi kelab penyokong pasukan bola sepak Arema FC, Aremania di ibu pejabatnya di Jawa Timur, Indonesia kelmarin, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

“Kira-kira 107 orang yang disyaki berada di lokasi itu semasa kejadian tersebut, mereka masih disiasat oleh Balai Polis Kota Malang,” kata Ketua Polis Malang, Budi Hermanto.

Menurut Budi, sekiranya kumpulan yang ditahan itu didapati tidak terlibat dengan vandalisme dan serangan, mereka akan dibenarkan pulang.

Tambah Budi, untuk memastikan kawasan itu selamat, anggota polis Kota Malang akan melakukan kawalan sehingga siasatan terhadap pelaku selesai.

Kekecohan tercetus apabila beratus-ratus ahli kelab Aremania yang menggelar diri mereka Arek Malang Bersatu, berhimpun di pejabat Arema FC, Kota Malang.

Pertembungan kemudian berlaku antara penunjuk perasaan dan pengawal keselamatan dengan kedua-dua pihak saling pukul-memukul. 

Sebilangan mereka membaling batu dan cat ke arah pejabat Arema FC. Ia mengakibatkan beberapa barang jualan termasuk jersi jatuh dihempap kaca. 

Orang ramai turut menanggalkan logo Arema FC yang dipasang di pejabat dan membakarnya di jalanan. Akibat kejadian itu, beberapa orang mengalami kecederaan  di kepala. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI