fbpx

Tiga lelaki termasuk remaja dituduh peras ugut peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki termasuk remaja didakwa di Mahkamah Majistret Bahau atas dakwaan melakukan pemerasan terhadap seorang peniaga pada minggu lalu. - FOTO NOR AINNA HAMZAH

JEMPOL – Tiga lelaki termasuk seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, atas dakwaan melakukan pemerasan terhadap seorang peniaga pada minggu lalu.

Ketiga-tiga tertuduh Mohamad Fairul Mohd Alwi, 23, Mohamad Emran Faiz Yahya, 28, dan seorang remaja berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Kesemua tertuduh dengan sengaja melakukan pemerasan ke atas lelaki berusia 24 tahun sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,000 di sebuah rumah di Felda Serting Hilir 5, pukul 1 pagi, 23 Januari lalu.

Mereka melakukan kesalahan di bawah mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Majistret membenarkan Mohamad Fairul dan Mohamad Emran diikat jamin RM11,000 setiap seorang manakala seorang lagi tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000. Mahkamah turut menetapkan pada 3 Mac depan bagi sebutan semula kes.

Sementara itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas pertuduhan mencederakan peniaga sama di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI