PADA Januari 2013, ahli kumpulan BTS, Suga pernah berjanji dalam ciapan Twitter akan membuka restoran Makchang (hidangan Korea yang terdiri daripada usus besar daging babi panggang).
“10 tahun dari sekarang, saya akan membuka restoran Makchang dengan nama Daegu Makchang.
“Kesemua pekerja akan berbahasa Korea dan memasangkan lagu hip-hop setiap masa.
“Kemudian, saya akan dipanggil Raja Makchang di Seoul. Tangkap layar ciapan ini dan ingatkan saya 10 tahun lagi,” ciapnya.
Tepat tarikh yang sama dengan 10 tahun lalu, peminat mengingatkan Suga tentang janjinya.
Namun, Suga tidak dapat melaksanakan janji tersebut dan menjelaskan sebab mengapa tidak mampu berbuat demikian.
“Sejak Raja Makchang, karier utama saya berjalan dengan baik dan perniagaan tersebut tidak mungkin dibuka buat masa sekarang. Terima kasih.
“Setelah apa terjadi, saya menasihati untuk jangan terlalu yakin dengan perancangan masa hadapan,” ujarnya.