fbpx

Spesies orkid hibrid ‘Dendrobium Anwar Azizah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan), Hsien Loong kiri bergambar bersama orkid hibrid yang dinamakan sebagai 'Dendrobium Anwar Azizah'.

PETALING JAYA – Sepohon orkid spesies hibrid dinamakan sebagai ‘Dendrobium Anwar Azizah’ sempena kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ke Singapura hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Anwar berkata, nama spesies orkid hibrid itu dipilih oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

“Saya turut diberi penghargaan oleh PM Lee yang menamakan spesies orkid hibrid atas nama ‘Dendrobium Anwar Azizah’ sempena kunjungan rasmi saya ke Singapura,” tulisnya.

Terdahulu Anwar berkata, beliau, isteri dan beberapa deligasi negara tiba di istana bagi mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Singapura, Halimah Yacob dan bertemu Hsien Loong.

“Sebaik tiba, saya diberikan sambutan rasmi oleh PM Lee di Ceremonial Plaza, The Istana,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan Anwar bakal mengadakan lawatan rasmi buat julung kali ke Singapura esok bagi bertemu para pemimpin republik tersebut.

Menurut kenyataan Wisma Putra, kunjungan sulung Anwar itu setelah dilantik menyandang jawatan Perdana Menteri adalah di atas jemputan Hsien Loong.

Turut serta dalam delegasi itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd, Kadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Delegasi tersebut juga turut diiringi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI