fbpx

Speedy Tigers wajib menang emas Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARUL mahu anak-anak buahnya lebih fokus apabila menghadapi Sukan Asia kerana sasaran memburu emas tidak berubah meskipun prestasi kurang memberangsangkan pada Piala Dunia Hoki 2023. - FARIZ RUSADIO

BHUBANESWAR – Suku akhir atau menamatkan Piala Dunia Hoki 2023 pada kedudukan ke-13 sama sekali tidak akan me­ngubah sasaran utama yang harus dicapai ketua jurulatih skuad hoki negara, A. Arul Selvaraj.

Memenangi pingat emas Sukan Asia di Hangzhou, China pada September ini lebih mustahak kerana Speedy Tigers akan layak secara automatik Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Ia akan menamatkan penantian arena hoki tanah air untuk kembali membuat penampilan pada temasya berprestij dunia itu selepas kali terakhir pada edisi 2000 di Sydney, Australia.

“Itu adalah KPI kita semua dan kita pergi untuk menang bagi mendapat slot ke Sukan Olimpik 2024. Memang susah tetapi itulah tugas dan tanggungjawab saya untuk bawa Malaysia ke ­Olimpik semula.

“Kita ada peluang kalau kita lawan dengan cara menentang Belanda, New Zealand dan Sepanyol. Cuma ada sedikit lagi pe­ningkatan individu terutama dari segi cara membuat keputusan,” kata Arul.

Menurutnya, situasi itu akan berubah sekiranya pemain-pemain mendapat banyak aksi kompetitif tinggi bagi memboleh­kan mereka membuat keputusan tepat dengan pantas ketika berada dalam keadaan tertekan.

“Saya pun ada satu lagi formula menggunakan sistem perisian untuk melatih minda pemain. Harapnya perkara-perkara ini boleh bantu mereka membuat keputusan dengan tepat dan pantas,” jelas Arul.

Arul dan barisan kejurulatihannya akan membuat pemilihan baharu skuad negara berdasarkan prestasi para pemain dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 yang akan bermula 9 Februari hingga 19 Mac ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI