fbpx

Projek LCS diteruskan, dikurangkan dari enam kepada lima buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman ketika menyampaikan Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut ke-18, di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan bersetuju untuk meneruskan perolehan kumpulan pertama projek kapal tempur pesisir (LCS) seperti dalam perancangan sebelum ini.

Bagaimanapun kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayub, jumlah kapal tersebut dikurangkan daripada enam unit kepada lima unit selepas proses permohonan semula dilakukan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan semula dengan kerajaan yang bersetuju meneruskan projek kapal terbabit.

“Pada asalnya memang enam, tetapi semasa kita mengemukakan permohonan dan dibincangkan semula perkara ini, kita persetujui kurangkan kepada lima sahaja. Jadi kita harap dapatlah lima itu.

“Projek LCS memang diteruskan seperti biasa. Pelaksanaannya adalah baik dan ada perjanjian tambahan keenam yang akan ditandatangani tidak lama lagi.

“Ini membolehkan proses seterusnya berjalan dan pembinaan dilaksanakan seperti dirancang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut ke-18, di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 350 warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan disiarkan secara langsung ke semua markas formasi TLDM di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI