fbpx

Permohonan cabar tuntutan waris Sulu di Mahkamah Rayuan Luxembourg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina Othman

PUTRAJAYA – Malaysia sedang mengambil tindakan untuk mencabar perintah Exequatur yang dikeluarkan secara ‘ex-parte’ ke atas tuntutan individu yang mendakwa mereka sebagai waris Sultan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman berkata, tindakan itu bakal dibuat di Mahkamah Rayuan Luxembourg.

“Ia susulan tindakan kerajaan Malaysia dengan serta-merta memohon kepada mahkamah di negara itu untuk mendapatkan relif interim,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Langkah berkenaan ekoran sebuah mahkamah di Luxembourg pada 24 Januari lalu telah mengeluarkan keputusan bagi melepaskan penahanan yang dipohon pada 11 Julai 2022.

Perintah penahanan berasaskan ‘Final Award’ dan ‘Preliminary Award’ itu dikemukakan oleh beberapa individu yang mendakwa mereka konon sebagai waris kepada Sultan Sulu.

Ia dikeluarkan penimbang tara, Dr. Gonzalo Stampa tahun lepas masing-masing pada 28 Februari dan 25 Mei 2022 lalu yang mengiktiraf award dikatakan tersebut di Luxembourg.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, Malaysia sudah dengan serta-merta bertindak dan sesi pendengaran permohonan itu telah berlangsung pada 5 Disember lalu di negara tersebut.

Kerajaan Malaysia, tegas Azalina, tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan serta kekebalan kedaulatan Malaysia pada sepanjang masa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI