fbpx

Pengawal keselamatan direman 7 hari kes lelaki maut dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi suspek untuk prosiding reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat tahfiz direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki maut selepas mengamuk di pekarangan sebuah masjid di Pulau Melaka di sini semalam.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 5 Februari depan itu terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Tahanan reman dilakukan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini kira-kira pukul 8.15 pagi tadi dengan menaiki kenderaan polis sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah reman.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan, seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental meninggal dunia apabila dibelasah beberapa pelajar tahfiz selepas mengamuk di pekarangan sebuah masjid di Pulau Melaka di sini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang selepas mangsa dikatakan secara tiba-tiba memukul seorang wanita yang berada di kawasan masjid tersebut.

Saksi kejadian, Tuan Hasrol Tuan Hassan, 42, berkata, Beberapa pelajar tahfiz yang menyedari kejadian itu terus memberi bantuan kepada wanita terbabit dan memukul lelaki tersebut.

Katanya, insiden itu mengakibatkan mangsa dipercayai tidak sedarkan diri sebelum pihak pengurusan masjid menghubungi pihak polis.

“Difahamkan, lelaki terbabit sudah mengamuk di sebuah madrasah Kedai Lalat di sini ketika jemaah sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat zohor petang tadi (semalam),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI