fbpx

Pelajar perubatan UK disaran pulang, bawa kepakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (tengah) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah (dua kanan) bergambar bersama diaspora perubatan UK pada Majlis Makan Malam Bersama Komuniti dan Pelajar Perubatan di Malaysia Hall, London.

PETALING JAYA – Komuniti dan pelajar negara dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK) diharapkan membawa pulang kepakaran sekali gus mengukuhkan jaringan dalam perkembangan sektor kesihatan Malaysia.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, para pelajar diseru agar mengumpulkan segala ilmu yang mampu diperoleh untuk dibawa pulang ke negara.

“Himpun sebanyak mungkin ilmu dan kepakaran di sini (London), bawa pulang ke tanah air dan bantu kami memperkukuh sektor kesihatan.

“Tinggi harapan saya agar diaspora perubatan di UK akan terus mengukuh jaringan dengan perkembangan sektor kesihatan di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Komuniti dan Pelajar Perubatan di Malaysia Hall, London, yang dimuat naik menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Zaliha berkata, beliau percaya golongan itu mempunyai peranan untuk membantu merealisasikan apa yang diperjuangkan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Kertas Putih Kesihatan (HWP).

Terdahulu, Kosmo! melaporkan industri perubatan Malaysia bakal berdepan isu kekurangan kakitangan apabila ramai doktor muda memilih luar negara sebagai tempat mencari rezeki atas alasan sukar mengembangkan cita-cita sebagai pakar sepanjang berkhidmat di negara ini.

Rata-rata yang berpindah memberi alasan bahawa tekanan emosi dan psikologi ekoran persekitaran negatif menyebabkan golongan tersebut berhijrah ke tempat yang lebih menghargai kepakaran mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI