fbpx

Negara rugi RM150 juta, syarikat culas bayar SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazali Mohamad bercakap pada sidang akhbar Program Handholding SST 'Ikrar Betul, Bayar Betul' di Putrajaya hari ini. GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan mengalami kerugian sekitar RM150 juta akibat kegagalan syarikat perniagaan dan industri membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Sazali Mohamad berkata, pihaknya mendapati kurang 10 peratus syarikat dan industri dikesan gagal membayar cukai berkenaan.

Beliau berkata, ahli lembaga pengarah syarikat yang gagal membayar cukai SST akan berdepan tindakan sekatan ke luar negara.

“Kami mendapati hanya sekitar 90 peratus entiti perniagaan di negara ini yang membayar cukai dengan baik setiap tahun,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Program Handholding SST ‘Ikrar Betul, Bayar Betul di sini, hari ini.

Katanya, walaupun jumlah yang gagal membayar cukai itu kecil, namun ia tetap memberi impak kepada kerajaan.

Sazali berkata, pihaknya merekodkan kutipan keseluruhan hasil berjumlah RM53.54 bilion tahun lalu iaitu meningkat 25.97 peratus atau RM11.0 billion berbanding kutipan RM42.50 billion tahun sebelumnya.

Menurutnya, pihaknya turut menyasarkan kutipan cukai berjumlah RM52 billion tahun ini dan komited melaksanakannya serta bersedia menghadapi sebarang cabaran dalam melaksanakan amanah kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI