fbpx

Memphis bubar unit khas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan berhimpun bagi menentang serangan polis terhadap Tire Nichols di Washington Square Park di Bandar Raya New York kelmarin. - AFP

MEMPHIS, Tennessee – Bandar raya Memphis di Amerika Syarikat (AS) membubarkan unit khas polis yang mana anggota-anggotanya membelasah seorang lelaki kulit hitam sampai mati, selepas video kekejaman itu mencetuskan kejutan dan kemarahan meluas.

Klip video itu memaparkan lima anggota polis berulang kali menumbuk dan menendang lelaki berusia 29 tahun, Tyre Nichols ketika dia mengerang dan memanggil nama ibunya.

Kota raya selatan AS itu mengumumkan kelmarin bahawa pentadbirannya telah memansuhkan unit khas dikenali sebagai SCORPION yang ditubuhkan dalam tahun 2021. Unit tersebut bertanggungjawab mengurangkan aktiviti jenayah dengan mengerahkan lebih ramai anggota ke kawasan yang merekodkan kadar jenayah tinggi.

Jabatan Polis Memphis berkata dalam satu kenyataan bahawa adalah untuk kebaikan semua pihak unit Operasi Banteras Jenayah Jalanan untuk Mengembalikan Ketenteraman di Kejiranan Kita (SCORPION) dimansuhkan.

“Anggota-anggota yang kini ditugaskan ke unit itu bersetuju sepenuhnya dengan keputusan ini,” kata Jabatan Polis Memphis. 

Dalam perkembangan berkaitan, berpuluh-puluh penunjuk perasaan menuntut perubahan dalam pasukan polis ketika mereka berhimpun di luat dewan majlis bandar raya tengah hari kelmarin sambil membawa sepanduk tertera slogan bermaksud ‘Keadilan untuk Tyre Nichols’.

Lima anggota polis Memphis berkenaan dengan kesemua mereka Kulit Hitam, didakwa kerana membunuh tanpa niat selepas mangsa meninggal dunia di hospital pada 10 Januari lalu, selepas tiga hari dia diberkas kerana disyaki memandu secara cuai.

Di sebalik gesaan di seluruh AS supaya pasukan polis dirombak susulan kematian George Floyd dan bantahan meluas pada tahun 2020, bilangan mereka yang terbunuh dalam konfrontasi dengan polis mencatat angka tertinggi sejak 10 tahun lalu pada 2022 iaitu sebanyak 1,186 kematian, demikian menurut laman web Pemetaan Keganasan Polis. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI