fbpx

Marc Anthony kahwin kali keempat, pilih ratu cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARC Anthony, 54, berkahwin dengan ratu cantik, Nadia Ferreira, 23, pada Sabtu lalu.

FLORIDA – Penyanyi juga pelakon terkenal Marc Anthony berkahwin buat kali keempat bersama bekas ratu cantik asal Paraguay, Nadia Ferreira pada Sabtu lalu di Pérez Art Museum in Miami, Florida, Amerika Syarikat.

Menurut laporan Daily Mail, majlis perkahwinan serba mewah pasangan itu turut dihadiri ramai rakan selebriti antaranya bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham bersama isterinya, Victoria Beckham, Salma Hayek, Lin Manuel Miranda dan Luis Fonsi.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan, penyanyi yang popular menerusi lagu My Baby You itu kelihatan segak mengenakan sut jenama mewah, Christian Dior, manakala Ferreire pula menggayakan gaun putih yang dihiasi renda daripada pereka fesyen ternama, Galia Lahav.

Selepas rasmi bergelar suami isteri, Anthony, 54, bersama isterinya yang berusia 23 itu tahun menari di hadapan jemputan sebagai tanda meraikan hari bahagia mereka.

Terdahulu, pasangan bahagia itu mengikat tali pertunangan pada May tahun lalu, kira-kira selepas sebulan khabar angin tentang kisah percintaan mereka dihidu pihak media apabila kedua-duanya kelihatan mesra sewaktu menghadiri acara Latin Grammy Awards.

Anthony sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertamanya, Dayanara Torres yang juga pemenang pertandingan ratu cantik, Miss Universe 1993 pada 2000, namun bercerai empat tahun kemudian.

Pada tahun yang sama (2004), Anthony sekali lagi berkahwin dengan selebriti terkenal, Jennifer Lopez. Namun rumah tangga yang dibina akhirnya runtuh selepas 10 tahun bersama.

Untuk perkahwinan kali ketiga, Anthony mendirikan rumah tangga bersama aktres asal Venezuela, Shannon De Lima pada 2014 dan bercerai pada 2017.

Hasil ketiga-tiga perkahwinan tersebut, Anthony dikurniakan enam orang cahaya mata termasuk dua anak Jennifer Lopez. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI